MAKLUMAN PENTING !!!

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan migrasi fungsi-fungsi yang masih di persekitaran HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0. Setelah kerja-kerja migrasi dan pengujian selesai dilaksanakan, pengguna-pengguna HRMIS adalah dipohon untuk menggunakan HRMIS 2.0 sahaja kerana HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya. Tarikh sebenar penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kemudian.