Semua Pemilik Kompetensi (CO) dalam HRMIS terlibat dalam melaksanakan MyPerformance, termasuk CO yang mempunyai peranan Pegawai Penilai, Pentadbir Agensi, Pentadbir Bahagian dan Pegawai Penilai Pelbagai Peringkat (P3P).
Terdapat lima (5) Sub-Modul di dalam MyPerformance iaitu:
1. Sasaran Kerja Utama (SKU);
2. Kompetensi Fungsian;
3. Kompetensi Tingkah laku;
4. Nilai Sepunya; dan
5. Penglibatan dan Sumbangan (P&S).
PELAKSANAAN PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN (P&S) DALAM MYPERFORMANCE TAHUN 2022 MELALUI HRMIS
Penilaian kriteria ini melibatkan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/ Agensi dan dan pegawai lantikan persekutuan yang ditempatkan di PSUK Negeri sahaja.
1. Pencapaian dikira berdasarkan status pengesahan rekod aktiviti selesai di peringkat Pegawai Penilai Pertama (PPP).
2. Tempoh pengemaskinian adalah sehingga 31 Januari 2023.
3. Markah akhir akan dikira berdasarkan kedudukan pada 31 Januari 2023.
PELAKSANAAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU) DALAM MYPERFORMANCE TAHUN 2022 MELALUI HRMIS
Penilaian kriteria ini melibatkan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/ Agensi dan pegawai lantikan persekutuan yang ditempatkan di PSUK Negeri sahaja.
1. Pencapaian dikira berdasarkan status pengesahan pencapaian SKU selesai di peringkat Pegawai Penilai Pertama (PPP).
2. Tempoh pengemaskinian adalah sehingga 31 Januari 2023.
3. Markah akhir akan dikira berdasarkan kedudukan pada 31 Januari 2023.
Atau;
Pengiraan bagi peratusan KPI MyPerformance dinilai melalui Sasaran Kerja Utama (SKU) dan Penglibatan dan Sumbangan (P&S) boleh dirujuk kepada KAMUS PETUNJUK PRESTASI UTAMA KPI HRMIS 2022 melalui Duta HRMIS Agensi.
Syarat-syarat sebelum pengguna melaksanakan operasi ini, adalah menyediakan:
i) Kamus SKU agensi yang telah dimuktamadkan oleh Ketua Jabatan;
ii) Rekod SKU Utama agensi yang telah dikemaskini oleh Urusetia KPI agensi; dan
iii) Pengguna telah ditetapkan di dalam kumpulan pasukan SKU agensi oleh Urusetia PPSM.
SKU hendaklah diwujudkan terlebih dahulu di menu Selenggara SKU Utama Agensi. Pastikan maklumat diisi adalah sama.
(Pastikan setiap SKU/Sub SKU mempunyai nilai sasaran di dalam column Sasaran 1. Sila pastikan nilai sasaran yang diisi berbentuk nombor sahaja. Contoh nilai bagi unit pengukuran Tarikh (DDMMYY) 28 FEBRUARY, pengisian di ruangan Sasaran 1 adalah 28022022.)
Untuk menghapuskan unit organisasi pada fungsi Selenggara Pasukan SKU Agensi, pihak Pentadbir SKU Bahagian perlu memastikan SKU dihapuskan terlebih dahulu (di fungsi Selenggara SKU Agensi) sebelum proses hapus pasukan dapat dilaksanakan.
Sekiranya rekod SKU tersebut tidak dapat dihapuskan dan terdapat paparan "Tidak dibenarkan hapus kerana SKU sedang aktif digunakan", pihak Tuan perlu memastikan SKU tersebut dihapuskan terlebih dahulu oleh PYD, sebelum proses dapat dilaksanakan di peringkat Pentadbir Prestasi Bahagian. Pentadbir boleh membuat semakan senarai pegawai tersebut melalui pautan Laporan senarai pegawai mengikut SKU.