MyHRMIS Profil Aplikasi Maklumat Peribadi
Muat Turun PERCUMA di Apple Store dan Google Play Store
Dapatkan Sekarang...
MyHRMIS Profil

Aplikasi MyHRMIS Profil merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk membolehkan penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dikunci masuk ke dalam Aplikasi HRMIS. Pengguna yang telah mendaftar dengan MyHRMIS Cuti tidak perlu mendaftar semula untuk aplikasi ini.
FUNGSI MyHRMIS Profil
Maklumat Peribadi
Memaparkan maklumat peribadi dan alamat tetap pegawai.
Maklumat Pendidikan
Memaparkan maklumat pendidikan pegawai.
Maklumat Keluarga
Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan hanyalah item yang digunakan oleh eGL.
Maklumat Anugerah
Memaparkan maklumat anugerah yang diterima oleh pegawai sepanjang perkhidmatan.
Maklumat Sejarah Perkhidmatan
Memaparkan sejarah perkhidmatan pegawai.
Maklumat Profil Perkhidmatan
Memaparkan profil perkhidmatan pegawai.
Maklumat Kursus
Memaparkan maklumat kursus yang dihadiri oleh pegawai pada 10 tahun yang terkini.

CIRI-CIRI MyHRMIS Profil
Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS Profil
Kemudahan Ingat Kata Laluan
Memberi kemudahan untuk mengingati katalaluan apabila setiap kali aplikasi dibuka
Kemudahan link kepada MyHRMIS Cuti
Memberi kemudahan untuk membuat capaian ke MyHRMIS Cuti
Kemudahan link kepada MyHRMIS eGL
Memberi kemudahan untuk membuat capaian ke MyHRMIS eGL
APA KATA PENGGUNA
Azmidi Abdullah
5 Ogos 2015
Mudah, ringkas & cepat Aplikasi yang sangat berguna untuk mengetahui rekod asas perkhidmatan dan seumpama buku rekod mudah alih. Moga diperluaskan & ditambahbaik lagi, modul atau kandungan maklumat perkhidmatan kami.
nur azaman mat hasan
19 Jun 2015
Boleh diupgrade lagi TAHNIAH JPA...harap dpt diupgrade lg utk kemas kini profile dan boleh buat SKT di mana2...syabas JPA kerana usaha yg membantu serta mesra penguna
Hanisah Hassan
10 Disember 2014
Tahniah pembangun aplikasi myHRMIS Profil, tahniah JPA! Kini maklumat perkhidmatan boleh dirujuk bila-bila masa dengan mudah, santai.
MyHRMIS Profil
Memudahkan Urusan Semakan Maklumat Peribadi
Dapatkan PERCUMA, Muat Turun Sekarang!!!