PENAFIAN

Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (”JPA”, “kami”) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh JPA. Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Portal HRMIS, ia hanyalah untuk menyatakan JPA TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. JPA tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan portal dan maklumat dan bahan terkandung dalam portal dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

CAPAIAN

Portal Rasmi HRMIS (www.eghrmis.gov.my) sesuai dilayari dengan menggunakan semua pelayar*. Sekiranya anda menggunakan perisian pelayan web terdahulu, sebahagian paparan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pelayar web mestilah menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, warna, format teks dan fungsi-fungsi asas yang lain. Penggunaan resolusi lebih tunggi adalah digalakkan.

PRIVASI

JPA (”kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal HRMIS ini ianya boleh disalurkan terus melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan JPA. 

PERKONGSIAN & PENDEDAHAN MAKLUMAT

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila; Mendapat kebenaran berbuat demikian. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau Pihak JPA mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

COOKIE

Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda. Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain. Portal Rasmi HRMIS menggunakan cookie sendiri untuk beberapa tujuan: Mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk laman web yang lebih sesuai. Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak. Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan Portal HRMIS.

PAUTAN KEPADA LAMAN WEB LAIN

Portal ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

KESELAMATAN

JPA (”kami”) menggunakan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JPA dan terpakai oleh semua kakitangan, pengguna dan pembekal yang menyediakan perkhidmatan, mencapai dan menggunakan aset dan sistem aplikasi Information and Communication Technology (ICT) di JPA. Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JPA disediakan berpandu kepada piawaian antarabangsa iaitu ISO/IEC 27001:2013.

MUAT TURUN DKICT JPA

PRIVASI

Aplikasi MyHRMIS Mobile (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu penjawat awam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan pengurusan sumber manusia. Aplikasi ini membolehkan penjawat awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") membuat semakan maklumat peribadi, memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL), membuat semakan dan permohonan cuti rehat atau Gantian Cuti Rehat (GCR), menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai serta membuat pengurusan keluar pejabat dalam waktu bertugas. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan kemudahan kepada pengguna HRMIS bagi membuat aduan serta memberi cadangan penambahbaikan. 

MyHRMIS Mobile dimiliki dan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery dan GAMMA. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). 

JPA (“kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi ini dan polisi ini akan sentiasa dikemas kini. Sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Aplikasi ini sangat dialu-alukan dan boleh disalurkan terus melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan JPA. 

PERKONGSIAN & PENDEDAHAN MAKLUMAT

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengguna kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila; Mendapat kebenaran berbuat demikian. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau Pihak JPA mendapati tindakan pengguna Aplikasi ini melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

Sebarang maklumat berkaitan pengguna tidak akan disebarkan sama sekali kepada mana-mana pihak. Maklumat asas pengguna semasa proses pendaftaran akan disemak silang (cross check) dengan kewujudan rekod pengguna di dalam pangkalan data HRMIS dan segala maklumat pengguna yang dikemas kini atau di tambah di dalam aplikasi ini adalah mengikut kepatuhan empat (4) komponen asas keselamatan IT di dalam Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.0 (Disember 2020) iaitu :-

1. melindungi maklumat rahsia dan maklumat rasmi JPA dari capaian tanpa kuasa yang sah;
2. menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna;
3. memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pnegguna; dan
4. memastikan akses hanya kepada pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat daripada sumber-sumber yang sah.

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI

• Aplikasi ini mendapatkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran, pengurusan rekod cuti, pengurusan rekod keluar pejabat, memberi cadangan penambahbaikan dan membuat aduan.
• Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi peranti pintar diberikan.
• Aplikasi ini mengekstrak dan mendapatkan data peribadi pengguna menerusi HRMIS berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya diperolehi adalah seperti berikut:

a. Pendaftaran Pengguna
i. Nama
ii. No. telefon
iii. Kata Laluan
b. Pengurusan Cuti Rehat/Gantian Cuti Rehat
i. Nama
ii. Tarikh
iii. Bilangan Cuti Rehat/Gantian Cuti Rehat yang dimohon
c. Pengurusan Keluar Pejabat
i. Nama
ii. Tarikh
iii. Gambar (yang dimuat naik pada modul keluar pejabat)
d. Aduan
i. Nama
ii. Gambar (yang dimuat naik pada modul Aduan)
e. Cadangan
i. Nama
ii. Cadangan

RINGKASAN KEBENARAN

Semasa menggunakan fungsi di aplikasi ini, kami ingin meminta akses seperti di bawah untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik

• Galeri Gambar dan Fail: Untuk membolehkan pengguna memuat naik lampiran dokumen sokongan bagi fungsi berkaitan.
• Kamera: Untuk membolehkan pengguna memuat naik gambar bagi fungsi yang berkaitan.
• Lokasi: Untuk menentukan lokasi pengguna semasa menggunakan modul Aduan berdasarkan lokasi di aplikasi ini.
• Telefon: Untuk membolehkan aplikasi membuat semakan data di Rekod Peribadi HRMIS. Untuk membolehkan aplikasi membuat panggilan telefon atau menghubungi pegawai menerusi Whatsapp berdasarkan nombor telefon yang telah didaftarkan di dalam HRMIS bagi fungsi yang berkaitan

Maklumat peribadi pengguna akan dikongsi bersama (jika berkenaan) pihak berkuasa penguatkuasaan bagi tujuan penyusulan dan penyelesaian aduan yang dikemukakan melalui Aplikasi ini, tertakluk kepada dasar keperluan untuk mengetahui.

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemas kini di halaman ini.