TIADA PENUTUPAN menu Permohonan Cuti bagi Tahun 2017. Sehubungan itu, Pentadbir Cuti perlulah mengemaskini maklumat cuti dengan mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:

a) Bermula 20 Disember 2017 sehingga 31 Januari 2018, aktiviti permohonan cuti, kelulusan cuti, pindaan/ pembatalan cuti serta permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dan Cuti Dibawa Ke Hadapan bagi tahun 2017 hanya boleh dilaksanakan melalui Aplikasi HRMIS 2.0. Operasi permohonan dan kelulusan Cuti Rehat di MyHRMIS Cuti boleh dilaksanakan seperti biasa.
b) Penjanaan kelayakan cuti bagi tahun 2018 boleh dilaksanakan mulai 1 Januari 2018 bergantung kepada kesesuaian Pentadbir Cuti agensi masing-masing.
c) Pematuhan kepada proses ini akan memastikan maklumat GCR dan kelayakan cuti bagi tahun 2018 adalah tepat.