Untuk makluman, tiada penutupan menu Permohonan Cuti semasa tempoh Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan serta Jana Kelayakan Cuti.
Pemilik Kompetensi dan Pentadbir Cuti dipohon agar dapat mengambil perhatian berkenaan perkara-perkara berikut:

a) Tiada lagi keperluan untuk melaksanakan Permohonan Cuti serta Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan secara manual menggunakan borang hard copy.
b) Pastikan semua permohonan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas dan permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan dilaksanakan melalui fungsi permohonan dan bukannya melalui fungsi Data Sejarah oleh Pentadbir Cuti.
c) Pastikan semua proses Pindaan/ Pembatalan Cuti dilaksanakan melalui fungsi Pindaan/Pembatalan Cuti dan bukannya melalui fungsi Data Sejarah oleh Pentadbir Cuti.
d) Jadual pelaksanaan bagi Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan serta Menjana Kelayakan Cuti adalah mengikut kesesuaian agensi masing-masing.