Untuk makluman tuan/puan, terdapat penambahbaikan yang dilaksanakan pada aplikasi MyHRMIS Cuti versi Android dan telah berada di Google Play Store pada 2 Mac 2018. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan mendapat paparan ralat seperti berikut selepas log masuk ke aplikasi MyHRMIS Cuti, mohon agar tuan/puan dapat mengemaskini aplikasi MyHRMIS Cuti dengan melaksanakan langkah berikut di telefon pintar tuan/puan:

    Klik ikon Play Store
    Cari MyHRMIS Cuti
    Klik butang UPDATE
    Tunggu sehingga proses kemaskini selesai

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh tuan/puan berhubungan dengan perkara ini.