Sepertimana kita semua sedia maklum bahawa 4 september 2017 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai Cuti Umum. Sehubungan dengan itu, bagi menjamin ketepatan dan integriti data, mohon kerjasama agar semua Pentadbir Cuti dapat melaksanakan pengemaskinian rekod permohonan cuti bagi semua Pemilik Kompetensi yang terlibat di agensi masing-masing melalui menu Pindaan/Pembatalan Cuti.

Kerjasama semua Pemilik Kompetensi yang terlibat juga adalah diharapkan agar dapat memaklumkan kepada Pentadbir Cuti berkenaan permohonan cuti masing-masing bagi memudahkan proses pengemaskinian ini dilaksanakan.