Aplikasi MyHRMIS Mobile (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu penjawat awam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan pengurusan sumber manusia. Aplikasi ini membolehkan penjawat awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") membuat semakan maklumat peribadi, memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL), membuat semakan dan permohonan cuti rehat atau Gantian Cuti Rehat (GCR), menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai serta membuat pengurusan keluar pejabat dalam waktu bertugas. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan kemudahan kepada pengguna HRMIS bagi membuat aduan serta memberi cadangan penambahbaikan.
MyHRMIS Mobile dimiliki dan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery dan GAMMA. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
JPA (“kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi ini dan polisi ini akan sentiasa dikemas kini. Sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Aplikasi ini sangat dialu-alukan dan boleh disalurkan terus melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan JPA.
Perkongsian & Pendedahan Maklumat
Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengguna kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila; Mendapat kebenaran berbuat demikian. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau Pihak JPA mendapati tindakan pengguna Aplikasi ini melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.
Sebarang maklumat berkaitan pengguna tidak akan disebarkan sama sekali kepada mana-mana pihak. Maklumat asas pengguna semasa proses pendaftaran akan disemak silang (cross check) dengan kewujudan rekod pengguna di dalam pangkalan data HRMIS dan segala maklumat pengguna yang dikemas kini atau di tambah di dalam aplikasi ini adalah mengikut kepatuhan empat (4) komponen asas keselamatan IT di dalam Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.0 (Disember 2020) iaitu :-
1. melindungi maklumat rahsia dan maklumat rasmi JPA dari capaian tanpa kuasa yang sah; 2. menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna; 3. memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pnegguna; dan 4. memastikan akses hanya kepada pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat daripada sumber-sumber yang sah.
Maklumat Yang Diperolehi
• Aplikasi ini mendapatkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran, pengurusan rekod cuti, pengurusan rekod keluar pejabat, memberi cadangan penambahbaikan dan membuat aduan. • Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi peranti pintar diberikan. • Aplikasi ini mengekstrak dan mendapatkan data peribadi pengguna menerusi HRMIS berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya diperolehi adalah seperti berikut:
a. Pendaftaran Pengguna i. Nama ii. No. telefon iii. Kata Laluan b. Pengurusan Cuti Rehat/Gantian Cuti Rehat i. Nama ii. Tarikh iii. Bilangan Cuti Rehat/Gantian Cuti Rehat yang dimohon c. Pengurusan Keluar Pejabat i. Nama ii. Tarikh iii. Gambar (yang dimuat naik pada modul keluar pejabat) d. Aduan i. Nama ii. Gambar (yang dimuat naik pada modul Aduan) e. Cadangan i. Nama ii. Cadangan
Ringkasan Kebenaran
Semasa menggunakan fungsi di aplikasi ini, kami ingin meminta akses seperti di bawah untuk memberi anda pengalaman yang lebih baik
• Galeri Gambar dan Fail: Untuk membolehkan pengguna memuat naik lampiran dokumen sokongan bagi fungsi berkaitan. • Kamera: Untuk membolehkan pengguna memuat naik gambar bagi fungsi yang berkaitan. • Lokasi: Untuk menentukan lokasi pengguna semasa menggunakan modul Aduan berdasarkan lokasi di aplikasi ini. • Telefon: Untuk membolehkan aplikasi membuat semakan data di Rekod Peribadi HRMIS. Untuk membolehkan aplikasi membuat panggilan telefon atau menghubungi pegawai menerusi Whatsapp berdasarkan nombor telefon yang telah didaftarkan di dalam HRMIS bagi fungsi yang berkaitan
Maklumat peribadi pengguna akan dikongsi bersama (jika berkenaan) pihak berkuasa penguatkuasaan bagi tujuan penyusulan dan penyelesaian aduan yang dikemukakan melalui Aplikasi ini, tertakluk kepada dasar keperluan untuk mengetahui.
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.
Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan
Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
Kerahsiaan
Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
Keselamatan Data
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.
Perubahan Kepada Dasar Privasi
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, ia akan dikemas kini di halaman ini.