Dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan di modul/submodul LNPT HRMIS 2.0 yang melibatkan menu Pegawai Yang Dinilai (PYD). Penambahbaikan ini telah berada di persekitaran Production HRMIS 2.0 pada 19 Julai 2022 dan keterangan serta skrin penambahbaikan mengenai perkara ini adalah seperti di lampiran.
Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini adalah dihargai.
Kerja-kerja penukaran domain aplikasi SPMB daripada SPMB Training (https://spmbtraining.jpa.gov.my) ke SPMB (https://spmb.jpa.gov.my) dan pengujian aplikasi setelah selesai kerja-kerja tersebut adalah bertujuan untuk penambahbaikan perkhidmatan Sistem SPMB.
Oleh itu, pengguna aplikasi SPMB boleh mengakses ke pautan seperti di bawah pada 13 Mac 2022 (8.00 pagi)
https://spmb.jpa.gov.my/
Kesan kepada pengguna yang terlibat
:
Sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut pautan https://spmbtraining.jpa.gov.my dan https://spmb.jpa.gov.my akan mengalami gangguan perkhidmatan.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui
:
Nama Pegawai : Encik Burhanuddin bin Md Zain
(Aplikasi)
Telefon : 03-8885 5013
Helpdesk JPA
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Telefon : 03-8321 1400
Untuk makluman tuan/ puan, masalah pada Janaan Kelayakan Cuti Rehat bagi tahun 2022 bagi sesetengah pegawai telah dikesan berlaku baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, tindakan pembaikan telah diambil bagi menyelesaikan perkara ini. Seterusnya, bagi memastikan Kelayakan Cuti Rehat tahun 2022 pegawai di agensi tuan/ puan tepat, mohon pihak tuan/ puan melaksanakan tindakan berikut :
1. Janaan kelayakan cuti rehat sekiranya: - Janaan sebelum ini tidak tepat - Janaan kelayakan cuti rehat 2022 belum dilaksanakan
2. Selenggara cuti sekiranya terdapat cuti yang telah dimohon dan diluluskan untuk tahun 2022.
Bersama-sama ini disertakan lampiran untuk rujukan pihak tuan puan