Skip to main content

MAKLUMAN SEMASA

01 April 2026


PEMAKLUMAN: GANGGUAN TEKNIKAL MUAT TURUN DOKUMEN PADA SUB MODUL MYPORTFOLIO DI HRMIS

Untuk makluman, terdapat gangguan teknikal yang dikesan melibatkan fungsi muat turun dokumen myPortfolio di HRMIS 2.0. Pihak JPA sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan yang melibatkan :

            i) Muat naik dokumen carta organisasi khusus, carta organisasi umum dan carta alir.

            ii) Muat turun laporan yang mengandungi dokumen myPortfolio.

Pembaikan dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung April 2026. Pemakluman baharu akan dikeluarkan sebaik sahaja fungsi ini kembali pulih.

3.         Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat gangguan ini. Kerjasama dan kesabaran tuan/puan amatlah dihargai.

4.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini, pihak tuan/ puan boleh menghubungi Helpdesk HRMIS di talian 03-83211400.