Pengukuhan Keselamatan Aplikasi HRMIS 2.0 Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Perhatian Kepada
:
Semua Pengguna:
Pengguna HRMIS 2.0
Tarikh / Masa Mula
:
30 April 2025 (Rabu) / 5:00 petang
Tarikh / Masa Tamat
:
-
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab
:
Pengukuhan Keselamatan Aplikasi HRMIS 2.0
Kesan kepada pengguna terlibat
:
Semua pengguna HRMIS 2.0 diminta untuk menukar kata laluan masing-masing dengan mematuhi Polisi Keselamatan Siber / Dasar Keselamatan ICT sebagai langkah pencegahan keselamatan serangan siber.
Pengguna perlu menukar kata laluan baharu menggunakan pautan “Lupa Kata Laluan” di login page HRMIS 2.0 berdasarkan ketetapan Polisi Keselamatan Siber / Dasar Keselamatan ICT dengan menepati semua kriteria berikut:
i.Sekurang-kurangnya 12 aksara; ii.Mengandungi huruf dan nombor; iii.Mengandungi aksara khas (cth: @ &); dan iv.Mengandungi huruf besar dan huruf kecil.
Tindakan yang perlu diambil oleh agensi
:
Menyebarkan dan mengambil tindakan selanjutnya selaku Pentadbir HRMIS di agensi masing-masing.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui
:
Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) https://spmb.jpa.gov.my
Pasukan Meja Bantuan HRMIS JPA Telefon: 03-8321 1400