top1.gif (3251 bytes)

MALAYSIA

Warta Kerajaan

SERI PADUKA BAGINDA

DITERBITKAN DENGAN KUASA

HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 40 No. 13

27hb Jun 1996

TAMBAHAN No. 47 PERUNDANGAN (A)

AKTA PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA
BERKANUN DAN TEMPATAN 1980

 

PERATURAN-PERATURAN PENCEN PIHAK-PIHAK
BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN (PINDAAN) 1996

 

Akta 239.

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 28 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

Nama dan mula berkuatkuasa.

1.        Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 1996 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1995.

2.          Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 adalah dipinda dalam peraturan 3---

(a)

dalam subperenggan (1)(b) dengan menggantikan angka "1/20" dengan angka "7.5%"; dan

Pindaan
peraturan 3.
P.U. (A) 134/90.

(b)

dalam perenggan (2) dengan menggantikan perkataan "maka pencennya boleh, sekiranya adalah mendatangkan faedah kepada pekerja itu, dihitung berdasarkan" dengan perkataan "dia bolehlah diberikan pencen berdasarkan".

Dibuat pada 6 Mei 1996.

 

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD,
Perdana Menteri


mukasurat 1