atau keputusan telah dibuat mengenainya, prosiding itu hendaklah diteruskan di bawah Perintah -Perintah Am yang dimansuhkan.

       (3) Bagi maksud menyelesaikan suatu pendengaran di hadapannya, atau membuat sesuatu perintah atau memberi sesuatu keputusan mengenai perkara yang didengar sebelum mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah menyelesaikan pendengaran itu mengikut kuasa yang terletakhak padanya sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan boleh membuat apa-apa perintah atau keputusan yang boleh dibuat olehnya di bawah kuasa yang terletakhak padanya sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini.

       (4) Bagi rnaksud peraturan ini, "Pihak Berkuasa Tatatertib" hendaklah mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya di bawah Perintah-Perintah Am yang dimansuhkan.

JADUAL
PERKHIDMATAN PERLU
(Subperaturan 21(7))
1. Perkhidmatan bomba.
2. Perkhidmatan penjara.
3. Perkhidmatan bekalan air.
4. Perkhidmatan perubatan dan kesihatan awarn.
5. Perkhidmatan perhubungan radio, termasuk perkhidmatan penyiaran dan televisyen.
6. Perkhidmatan pengangkutan melalui darat, air dan udara.
7.

Perkhidmatan pelabuhan dan malim, perkhidmatan pangkalan kapal, termasuk perkhidmatan pemunggahan dan pengendalian kargo, perkhidmatan lapangan terbang dan juruterbang, termasuk perkhidmatan pengendalian kargo.

8. Mana-mana perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerajaan yang berikut :
(a) Jabatan Kimia;
(b) Jabatan Kastam dan Eksais;
(c) Jabatan Imigresen;
(d) Jabatan Laut;
(e) Jabatan Kaji Cuaca.
Dibuat pada 4hb Oktober 1993.
        Dengan Perintah,

TAN SRI DATO' SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,
Setiausaha Jemaah Menteri


mukasurat 34