| 36. (1) Jika - | ||
(a) |
suatu perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat terhadap seseorang pegawai; atau |
|
(b) |
sesuatu perintah yang mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan, sama ada dengan bon atau selainnya, telah dibuat terhadap seseorang pegawai, |
|
di bawah mana-mana undan g-undang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis, Ketua Jabatan hendaklah memohon untuk mendapatkan suatu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Apabila diterima suatu salinan perintah itu, Ketua Jabatan hendaklah dengan segera mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, dan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah dengan serta-merta mengantung pegawai itu daripada menjalankan tugasnya. |
||
| (2) Ketua Jabatan hendaklah menghantar suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu, dan hendaklah mengesyorkan sama ada pegawai itu patut - | ||
(a) |
dibuang kerja atau diturunkan pangkat; | |
(b) |
dikenakan apa-apa hukuman selain daripada hukuman buang kerja atau turun pangkat; |
|
(c) |
ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam; atau |
|
(d) |
tidak dikenakan apa-apa hukuman, | |
bergantung kepada takat yang pegawai itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam. |
||
37. (1) Jika, setelah menimbangkan laporan dan syor Ketua Jabatan yang dihantar mengikut peraturan 33 atau 36, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat - |
Pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam kes sabitan dan tahanan |
|
(a) |
bahawa pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah dengan serta-merta mengenakan hukuman yang sesuai; |
|
(b) |
bahawa pegawai itu tidak patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat tetapi patut dikenakan hukuman yang lebih ringan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang difikirkannya sesuai dan patut; atau |
|