Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau
turun pangkat hendaklah memutuskan sama ada atau tidak pegawai itu patut terus ditahan
kerja sehingga rayuan itu diputuskan. |
||
(8) Dalam peraturan ini,
perkataan "pembebasan" termasuklah suatu pelepasan yang tidak terjumlah kepada
suatu pembebasan. |
||
33. Jika prosiding jenayah terhadap seseorang pegawai berkeputusan dengan dia disabitkan, atau jika rayuannya terhadap sabitan telah ditolak, Ketua Jabatan hendaklah memohon kepada Pendaftar mahkamah atau Penotong Kanan Pendaftar mahkamah untuk mendapatkan suatu salinan keputusan mahkamah itu. Apabila diterima keputusan itu, Ketua Jabatan hendaklah menghantarkannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai itu, dan hendaklah mengesyorkan sama ada pegawai itu patut - |
||
(a) |
dibuang kerja atau
diturunkan pangkat: |
|
(b) |
dikenakan apa-apa hukuman selain daripada hukuman buang kerja atau
turun pangkat: |
|
(c) |
ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam: atau |
|
(d) |
tidak dikenakan
apa-apa hukuman, |
|
bergantung kepada jenis dan seriusnya kesalahan yang dilakukan berbanding dengan takat yang pegawai itu telah mernburukkan nama perkhidmatan awarn. |
||
Tiada
tindakan |
34. (1) Jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai dan masih belum selesai, tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap pegawai itu berasaskan alasan yang sama dengan pertuduhan jenayah yang masih belum selesai itu. |
|
(2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah itu berasaskan apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya dalam perlaksanaan tugas-tugasnya. |
||
35. (1) Seseorang pegawai yang dibebaskan oleh sesuatu mahkamah daripada pertuduhan jenayah tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib atas pertuduhan yang sama. |
||
(2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu atas apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya berhubungan dengan pertuduhan jenayah itu, sama ada berkaitan atau tidak dengan perlaksanaan tugasnya: |
||
Dengan syarat bahawa alasan-alasan bagi tindakan tatatertib itu tidak boleh membangkitkan secara substansial isu-isu yang sama dengan isu-isu yang atasnya pegawai itu dibebaskan. |
||