(3)  Jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima dikembalikan tak terserah, Ketua Jabatan itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat dan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambil langkah untuk memberitahu dalam Warta bahawa pegawai itu tidak hadir tanpa cuti dan tidak boleh dikesan.

       (4)  Bagi maksud peraturan ini, jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima itu diterima oleh seseorang lain selain daripada pegawai yang dimaksudkan, surat tersebut hendaklah disifatkan tak terserah.

Akibat tidak
hadir tanpa
cuti selepas pemberitahuan
dalam Warta

30.   (1)  Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan Pihak Berkuasa Tatatertib tersebut hendaklah memulakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan ini.

       (2)  Jika pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai dari tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.

Perlucuthakan emolumen kerana ketakhadiran
tanpa cuti.

31.  (1)  Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh yang dia tidak hadir hendaklah dilucuthakkan walaupun Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan perlucuthakan itu.

       (2)  Seseorang pegawai yang emolumennya dilucuthakkan di bawah peraturan ini hendaklah diberi notis bertulis mengenai perlucuthakan tersebut.

       (3)  Bagi maksud peraturan ini, pelucuthakan emolumen bukanlah suatu hukuman tatatertib dalam pengertian peraturan 38.



Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Dipertuduh Dalam
Mahkamah Jenayah Atau Dikenakan Perintah Tahanan,
Buang Negeri, Dsb.

Prosedur jika
prosiding
jenayah
dimulakan.

32.  (1)  Seseorang pegawai hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada Ketua Jabatannya jika apa-apa prosiding jenayah dimulakan terhadapnya dalam mana-mana mahkamah.

       (2)   Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftar mahkamah atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah yang dalamnya prosiding itu dimulakan hendaklah


mukasurat 22