pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik;

(c)

terlibat dalam merayu undi bagi rnenyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum, pilihanraya kecil, atau apa-apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik;

(d)

bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri;

(e)

masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; atau

(f)

memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

     (2)  Seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan yang bukan seseorang pegawai dalam perkhidmatan perlu boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kernenterian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

     (3)  Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti sehingga ke tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan semua cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan syarat bahawa-

(a)

dia terlebih dahulu telah mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

dengan penglibatan sedemikian dia tidak melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Akta 88.

     (4)  Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah perenggan (3)(a) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan.

     (5)  Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh menghalang seseorang pegawai daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik.

     (6)  Seseorang pegawai yang telah diterima rnenjadi anggota biasa mana-mana parti politik hendaklah memberitahu fakta ini kepada Ketua Jabatannya.

     (7)  Bagi maksud peraturan ini, " perkhidmatan perlu" ertinya perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual


mukasurat 15