(c) |
memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya, |
|
dan dia juga tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, sama ada secara am atau khusus, daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat. |
||
(2) Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan, atau yang boleh memalukan Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan, atau mengeliling apa-apa pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain. |
||
(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang dikelilingkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri di bawah subperaturan (1) |
||
(4) Bagi maksud peraturan ini, "pernyataan awam" termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan awam atau dalam mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya. |
||
Larangan |
20. Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau mengambil bahagian secara langsung atau tak langsung dalam pengurusan atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah atau jernal, kecuali yang berikut; |
|
(a) |
penerbitan jabatan atau kakitangan; | |
(b) |
penerbitan profesional; dan | |
(c) |
penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik. | |
21. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3), seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh- |
||
| (a) | membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan sesuatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu diantara parti-parti politik; |
|
| (b) | menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau |
|
mukasurat 14