"Pihak Berkuasa Tatatertib" ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan yang pegawai tersebut ialah seorang anggota mengikut peruntukan-peruntukan Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, dan termasuklah seseorang pegawai atau sesuatu lembaga pegawai dalam perkhidmatan awam yang boleh menjalankan fungsi Suruhanjaya berhubungan dengan pengawalan tatatertib menurut Fasal (5A), (5B) atau (6A) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan. |
|||||
| BAHAGIAN II KELAKUAN | |||||
4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan. |
Tatakelakuan. | ||||
| (2) | Seseorang pegawai tidak boleh- | ||||
| (a) | membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya; | ||||
| (b) | berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya; |
||||
| (c) | berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa- |
||||
(i) |
dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau |
||||
(ii) |
dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; |
||||
| (d) | berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awarn; |
||||
| (e) | kurang cekap atau kurang berusaha; | ||||
| (f) | tidak jujur atau tidak amanah; | ||||
| (g) | tidak bertanggungjawab; | ||||
| (h) | membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-angota perkhidmatan awam yang lain; |
||||
| (i) | ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan |
||||
| (j) | cuai dalam melaksanakan tugasnya. | ||||
mukasurat 5