P.U. (A) 548. |
|||||
AKTA TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM 1977 PERATURAN-PERATURAN
TRIBUNAL PERKHIDMATAN
|
|||||
PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 23 (1) Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut: |
|||||
Nama. |
1. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Tribunal Perkhidmatan Awam (Pindaan ) 1992. |
||||
Pindaan am. |
2. Peraturan-Peraturan Tribunal Perkhidmatan Awam 1978, yang dalam Peraturan-Peraturan ini disebut "Peraturan-Peraturan ibu", adalah dipinda dengan menggantikan perkataan "wakil" dengan perkataan "Wakil" dalam istilah "wakil Kerajaan" di mana-mana jua terdapat dalam Peraturan-Peraturan itu. |
||||
Pindaan |
3. Peraturan 2 Peraturan-Peraturan ibu adalah dipinda---- |
||||
(a) |
dengan menggantikan takrif "Ketua Pengarah" dengan takrif baru yang berikut: |
||||
' "Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya untuk bertindak bagi pihaknya;' dan |
|||||
(b) |
dengan memasukkan, selepas takrif "Ketua Pengarah", takrif baru yang berikut: |
||||
' "Pendaftar" ertinya Pendaftar Tribunal Perkhidmatan Awam;'. |
|||||
Pindaan |
4. Peraturan-Peraturan ibu adalah dipinda dengan menggantikan peraturan 7 (1) dengan yang berikut: |
||||
"(1) Ketua Pengarah, apabila menerima memorandum itu, hendaklah memberikannya suatu nombor rujukan dan menandakan tahun memorandum itu diterima.". |
|||||
Peraturan- |
5. Peraturan-Peraturan ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas peraturan 7, peraturan-peraturan baru 7A dan 7B yang berikut: |
||||
"Kuasa Ketua |
7A. (1) Ketua Pengarah boleh, bagi maksud rundingan, menyiasat tuntutan anomali yang dihantar kepadanya untuk menentu-sahkan butir-butir tuntutan tersebut. |
||||
(2) Bagi maksud subperaturan (1) Ketua Pengarah boleh membuat yang berikut: |
|||||
(a) |
memeriksa apa-apa dokumen yang berhubungan dengan tuntutan itu yang berada dalam jagaan mana-mana pegawai awam; |
||||
mukasurat 1