M A L A Y S I A |
||
Warta Kerajaan |
||
S E R I P A D U K A B A G I N D A |
||
| DITERBITKAN
DENGAN KUASA |
||
HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE |
||
PUBLISHED BY AUTHORITY |
Jil. 30 |
8hb Mei 1986 |
TAMBAHAN No. 27 PERUNDANGAN (A) |
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN |
|||
| PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT PERKHIDMATAN AWAM 1986 |
|||
| PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Fasal (5B) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan berikut : | |||
| 1. Peraturan-Peraturan ini bolehlah
dinamakan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986. |
Nama |
||
| 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- | Tafsiran |
||
| "jawatan" tidak termasuk sesuatu jawatan yang ditetapkan sebagai jawatan khas dalam erti Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, jawatan-jawatan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan jawatan-jawatan yang dipegang oleh ahli-ahli Lembaga Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah perenggan 1 berkenaan dengan kategori pegawai-pegawai seperti ditetapkan dalam Kumpulan "A" Jadual; | |||
| "kenaikan pangkat" ertinya peningkatan secara hakiki dari satu Tingkatan ke suatu Tingkatan yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan pegawai yang berkenaan; | |||
| "Ketua Jabatan" ertinya Ketua Setiausaha sesuatu Kementerian, Ketua Pengarah sesuatu Jabatan, Ketua sesuatu Perkhidmatan, Ketua Jabatan Persekutuan atau Ketua Jabatan bagi sesuatu Negeri, Daerah atau Wilayah mengikut mana yang berkenaan, atau mana-mana pegawai yang ditetapkan sedemikian itu oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa: | |||
mukasurat 1