BAHAGIAN VI

PELBAGAI

Kuatkuasa
Perintah-
perintah
Bab "D" 1980
.
L.N. 432/56.
P.U.290/68.
P.U.(A)
273/69.

45.   Tatacara tatatertib yang diperuntukkan dalam Perintah-perintah Am ini hendaklah dipakai bagi apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1956, atau Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah--perintah Am Bab "D"), 1968, atau Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah-perintah Am Bab "D") 1969. sebagaimana tatacara-tatacara itu dipakai bagi apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Perintah-perintah Am ini.

Surcaj.

46.    Walau apapun yang tersebut dalam Perintah-perintah Am ini, Pihakberkuasa Tatatertib boleh mengenakan surcaj terhadap seseorang pegawai di bawah akta Acara Kewangan (Akta 61). Untuk mengelakkan apa-apa keraguan, hukuman surcaj ini dalam Buku Rekod Perkhidmatan hendaklah dicatitkan ini pegawai itu.

Penyampaian
dokumen,
notis dsb.

 

 

47. (1) Tiap-tiap pegawai hendaklah memberi kepada Ketua Jabatannya alamat kediamannya atau apa-apa perubahan mengenainya yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa jua notis atau dokumen di bawah Perintah-perintah Am ini atau bagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Perintah perintah Am ini.

     (2) Apa-apa dokumen, notis atau pemberitahuan perhubungan Yang ditinggalkan di alamat penyampaian yang diberi di bawah perenggan (1) atau diposkan melalui pos biasa ke alamat tersebut, hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan atau diberitahu dengan sewajarnya kepada pegawai itu.

Pemansuhan
P.U. 290/68
.

49.    Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah-perintah Am, Bab "D"),1968 adalah dengan ini dimansuhkan.

Diperbuat pada 24hb Jun 1980.

[JPA. Sulit NP. 8006 Jld. I; PN. (PU2) 76.]

 

Dengan Titah Perintah.

 

TAN SRI DATO' ABDULLAH BIN AYUB.

Setiausaha Jumaah Menteri

 


mukasurat 26