Ketua Jabatan hendaklah, melalui surat, meminta pegawai itu supaya memberi penjelasan secara bertulis dalam tempoh 30 hari daripada tarikh diterima surat itu bagaimana ia boleh menyenggara taraf hidup tersebut atau bagaimana, ia telah mendapat sumber-sumber kewangan atau harta itu

        (2) Setelah penjelasan diterima daripada pegawai yang berkenaan itu atau jika pegawai itu tidak dapat memberi apa-apa penjelasan, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan hal ini kepada Pihakberkuasa Tatatertib Yang Berkenaan dengan menyertakan penjelasan pegawai itu, jika ada. Pihakberkuasa Tatatertib boleh berikutan dengan itu mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu dengan tujuan buang kerja mengikut Perintah Am 26 atau mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan patut.

10.   (1) Tiada seseorang pegawai boleh meminjam daripada seseorang atau menjadi penjamin atau penggerenti kepada seseorang peminjam, atau dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya terhutang wang kepada mana-mana orang---

Meminjam wang

 

(a)

yang secara langsung atau secara tak langsung tertakluk kepada kuasa  rasminya;

(b)

yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi;

(c)

yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan kuasa rasminya; atau

(d)

yang menjalankan perniagaan memberi pinjam, wang.

Bagi maksud Perintah Am ini perkataan "orang" adalah termasuk kumpulan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan.

        (2) Seseorang pegawai boleh, bagaimanapun, meminjam daripada bank, syarikat insurans, syarikat kerjasama atau syarikat meminjam yang dilesen di bawah Akta Syarikat Meminjam 1969 atau berhutang dengan cara memperolehl barang-barang melalui perjanjian sewa beli dengan syarat bahawa

(a)

bank, syarikat insurans, syarikat kerjasama atau syarikat meminjarn dari mana pegawai itu meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;

(b)

pinjaman itu hendaklah jangan membawa skandal awam atau tidak boleh ditafsirkan bahawa pegawai itu telah menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendiriannya; atau

(c)

agregat hutangriya tidak menyebabkan atau tidak mungkin menyebabkan ia  berhutang wang yang berat sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Perintah Am 11.

(3) Tertakluk kepada perenggan (2), seseorang pegawai boleh menanggung hutang-hutang yang berikut----

(a)

jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadai atau digadai-janjikan, jika jumlah wang tersebut tidak lebih daripada nilai tanah tersebut;

(b)

overdraf yang dibenarkan oleh bank;

 


Mukasurat 9