(2) Jika selepas melaporkan semua hartanya di bawah perenggan (1), seseorang pegawai atau isterinya atau anak-anaknya memperolehi apa-apa harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada secara langsung atau tak langsung yang tidak termasuk harta alih yang dengan menasabah diperlukan bagi kegunaannya sendiri, isteri atau anak-anaknya) ia hendaklah melaporkan segera perolehan itu kepada Pihakberkuasa Tatatertib Yang Berkenaan melalui Ketua Jabatan.

    (3) Jika seseorang pegawai atau isterinya atau anaknya bercadang hendak memperolehi apa-apa harta sama ada secara langsung atau secara tak langsung, sama ada alih atau tak alih, dan perolehan yang dicadang itu adalah tak sejajar dengan peruntukan-peruntukan Perintah Am 4, perolehan itu tidak boleh dilakukan tanpa pegawai itu terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pihakberkuasa Tatatertib Yang Berkenaan.

    (4) Bagi memutuskan sama ada kebenaran di bawah perenggan (3) Perintah Am ini hendak diberi atau tidak, Pihakberkuasa Tatatertib Yang Berkenaan hendaklah mengambil perhatian tentang perkara-perkara yang berikut-

(a)

besarnya, banyaknya atau nilai pegangan, pelaburan, rumah, tanah atau harta itu berbanding dengan am, emolumen rasmi pegawai itu dan apa-apa pendapatan persendirian yang sah;

(b)

sama ada perolehan atau pegangan itu akan atau mungkin bercanggah dengan kepentingan-kepentingan perkhidmatan awam, atau menjadi tak sejajar dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang penjawat awam atau dengan apa-apa cara tak sejajar dengan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Perintah Am 4;

(c)

pendapat Ketua Jabatan;

(d)

apa-apa faktor lain yang difikirkan perlu oleh pihakberkuasa Tatatertib Yang Berkenaan bagi menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

    (5) Di dalam Perintah Am ini--

      "harta" termasuklab apa-apa jua jenis harta yang ditetapkan oleb Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa;

    "anak" termasuk anak angkat tetapi tidak termasuk anak yang bukan tanggungan pegawai itu.

Menyenggara
taraf hidup
melebihi
daripada
emolumen
rasmi dan
pendapatan
persendirian
yang sah.

9.    (1) Jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah sebenarnya atau pada zahirnya--

(a) menyenggara suatu taraf hidup yang lebih daripada emolumen rasminya dan lain-lain pendapatan persendiriannya yang sah jika ada, atau
(b) menguasai atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta alih atau tak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan emolumen rasminya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang sah atau yang tidak menasabah dijangka boleh diperolehi oleh pegawai itu dengan emolumen rasminya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang sah;

  mukasurat 8