|
|||||||
(2) Walaupun demikian, seseorang pegawai boleh memohon kebenaran untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dari jenis yang disebutkan dalam perenggan (1) Perintah Am ini bagi faedah dirinya atau faedah saudara-mara yang dekat atau bagi mana-mana badan yang bukan mencari keuntungan yang ia adalah pemegang jawatannya. |
|||||||
(3) Bagi menimbangkan sama ada kebenaran patut diberi atau tidak, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian tentang tatakelakuan yang ditetapkan dalam Perintah Am 4 dan, khususnya, hendaklah mempastikan bahawa dengan kebenaran itu-- |
|||||||
|
|||||||
(4) Seseorang pegawai yang bercuti termasuk bercuti sebelum bersara tidak boleh menerima apa-apa kerja persendirian untuk mendapatkan upah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan. |
|||||||
(5) Kecuali setakat mana ditetapkan selainnya, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang pegawai sebagai saraan, kerana memberi mana-mana daripada perkhidmatan yang disebutkan dalam perenggan (1) Perintah Am ini, hendaklah dibayar masuk ke dalam Perbendaharaan Persekutuan sebagai deposit sementara menantikan keputusannya mengenai banyaknya jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu sendiri dan oleh kakitangan pegawai itu. |
|||||||
6. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perintab Am ini, dan Perintah Am 7, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi, atau membenarkan isteri, anak-anak (jika ada, termasuk anak angkat), ibu-bapa, saudara-maranya atau mana-mana orang untuk menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau secara tak langsung apa-apa hadiah daripada atau kepada mana-mana orang |
|||||||
|
mukasurat 6