4.    Yang berikut ini ialah tatakelakuan bagi pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam. Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Perintah-perintah Am ini  terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana daripada peruntukan-peruntukan tatakelakuan ini:

Tatakelakuan

  (1)

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan;

  (2)

Seseorang pegawai tidak boleh----

(a)

membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan  persendiriannya;

(b)

berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya;

(c)

berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang menasabah bahawa--

(i)

ia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan-kewajipan awamnya hingga menjejaskan kegunaannya, sebagai seorang pegawai awam;

(ii)

ia telah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah  persendiriannya;

(d)

berkelakuan dengan demikian cara hingga menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam atau menghilangkan kepercayaan terhadap perkhidmatan awamnya;

(e)

kurang kecekapan atau keusahaan;

(f)

tidak jujur;

(g)

tidak bertanggangjawab;

(h)

membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu adalah tuntutan secara perseorangan atau tuntutan lain-lain anggota perkhidmatan awam; dan

(i)

ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh  ditafsirkan dengan menasabah sebagai ingkar perintah.

5.    (1)   Kecuali setakat mana ia dikehendaki dalam menjalankan tugasnya atau diberikuasa dengan nyata untuk berbuat demikian luar oleh Ketua Jabatannya, seseorang pegawai tidak boleh---

Pekerja
Luar

(a)

mengambil bahagian secara langsung atau secara tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa pengusahaan perdagangan, pertalian atau perindustrian;

(b)

menjalankan apa-apa kerja bagi mana-mana institusi syarikat, firma atau orang perseorangan persendirian untuk mendapatkan upah;

 


mukasurat 5