PERINTAH-PERINTAH AM PEGAWAI AWAM |
|
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) |
|
(BAB "D") 1980
|
|
PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Fasal (2), Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Malia Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan ini membuat Perintah-perintah Am yang berikut: |
|
BAHAGIAN I |
|
PERMULAAN |
|
1. (1) Perintah-perintah Am ini bolehlah dinamakan Perintah perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab "D") 1980 dan tertakluk kepada perenggan (2) di bawah ini hendaklah berkuatkuasa pada tarikh tersiarnya Perintah-perintah Am ini dalam Warta. |
|
(2) Perintah-perintah Am 23, 33, 34, 35 dan 44 masing-masing hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 27hb Ogos 1976 dan 30hb Disember 1978. |
|
2. Perintah-perintah Am ini hendaklah dipakai bagi seseorang pegawai di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan Perintah-perintah Am ini. |
|
3. Dalam Perintah-perintah Am ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain: |
|
"disabitkan" atau "sabitan" termasuklah suatu keputusan atau suatu perintah yang bermaksud keputusan bersalah oleh suatu mahkamah jenayah di Malaysia atau di luar Malaysia atau oleh suatu badan yang kompeten yang diberikuasa untuk menjalankan penyiasatan terus di bawah mana-mana undang-undang bertulis menyatakan bahawa orang yang dipertuduhkan atau dituduh itu telah melakukan suatu kesalahan; |
|
"Pihakberkuasa Tatatertib" ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan yang bidangkuasanya meliputi perkhidmatan yang mana pegawai tersebut itu adalah seorang anggota mengikut peruntukan peruntukan Bahagian X Perlembagaan, dan termasuklah seorang pegawai atau suatu lembaga pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam yang boleh menjalankan tugas-tugas Suruhanjaya itu berkaitan dengan kawalan tatatertib menurut Fasal (5A), (5B) atau (6A) Perkara 144 Perlembagaan; |
|
"Ketua Jabatan" ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab mengenai sesebuah Kementerian atau Jabatan dan termasuk Ketua Perkhidmatan dan mana-mana pegawai dalam Kumpulan A yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya; |
|
"pegawai" ertinya seseorang anggota dalam perkhidmatan awam Persekutuan. |
mukasurat 4