BAHAGIAN II
PENCEN DAN GANJARAN PERKHIDMATAN

Kepada
siapa pencen
dan ganjaran
perkhidmatan
boleh diberi
dan kadar-
kadarnya.

4. (1) Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, seseorang pegawai berpencen boleh, apabila bersara, diberi--

(a)

pencen bulanan berdasarkan--

     1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimainya; dan

(b)

ganjaran berdasarkan--

     1/20 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima.

    (2) Jika seseorang pegawai berpencen bersara di bawah seksyen 10 (5) (b) atau (c) Akta, sebagai tambahan kepada ganjaran di bawah perenggan (1) (b), maka pencennya boleh, sekiranya adalah mendatangkan faedah kepada pegawai itu, dihitung berdasarkan--

      1/500 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimainya.

Tempoh-
tempoh perkhidmatan
dikira
sebagai
perkhidmatan
yang boleh
dimasukira.

5.    Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, tempoh-tempoh perkhidmatan yang berikut, sama ada sementara atau tetap, boleh dimasukira bagi maksud pencen, ganjaran atau lain-lain faedah :

(a)

apa-apa tempoh sepanjang mana seseorang pegawai telah bertugas;

(b)

apa-apa tempoh sepanjang mana seseorang pegawai telah bercuti dengan bergaji;

(c)

apa-apa tempoh perkhidmatan sepanjang mana seseorang pegawai telah bercuti tanpa gaji yang diberi atas sebab-sebab dasar awam; atau

(d)

apa-apa tempoh semasa dalam pinjaman atau pertukaran sementara ke mana-mana organisasi yang diluluskan oleh Kerajaan.

Tempoh-
tempoh
perkhidmatan
lalu yang
boleh di-
agregatkan.

6. (1) Tertakluk kepada perenggan (2) dan (3) peraturan ini dan peraturan 7, dan bagi maksud-maksud Peraturan-peraturan ini, apa-apa tempoh perkhidmatan yang lalu dengan Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasukira dan tempoh-tempoh perkhidmatan lalu yang berikut boleh diagregatkan untuk menentukan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira :

(a)

tempoh-tempoh perkhidmatan lalu yang terputus disebabkan penghapusan jawatan atau lain-lain penggantungan kerja secara sementara yang tidak berbangkit dari salahlaku atau perletakan jawatan secara sukarela;

(b)

perkhidmatan seseorang pegawai sementara yang telah putus sebagai satu syarat perlantikannya ke dalam perjawatan tetap pada atau selepas 1hb Januari 1949;


mukasurat 4