|
|||
PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 5 Akta Pencen 1980, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut : |
|||
BAHAGIAN I |
|||
1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-peraturan Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 1976. |
|||
2. Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain-- |
|||
| "anak" ertinya anak pegawai yang mati-- | |||
(a) |
yang berumur kurang daripada 21 tahun dan termasuklah-- |
||
(i) |
anak yang lahir sesudah meninggalnya ayah, anak tiri tanggungan atau anak taksahtaraf yang dikandung sebelum kematian pegawai itu; |
||
(ii) |
anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman; dan |
||
(iii) |
anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian pegawai yang menganuti ugama Islam sama ada atau tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman; atau |
||
(b) |
tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilangupaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang takupaya menanggung nafkahnya sendiri; |
||
"balu" atau "duda" ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, ugama, adat atau kelaziman. |
|||
3. Mana-mana daripada kuasa-kuasa yang diberi kepada dan kewajipan-kewajipan yang ditanggungkan ke atas Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri oleh Akta kecuali seksyen 3 (2), 5, 11 (a), 13 atau 27 boleh dijalankan, berkenaan dengan seseorang pegawai persekutuan atau seseorang pegawai persekutuan tempatan, oleh Ketua Pengarah, atau berkenaan dengan seseorang pegawai negeri, oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah bagi maksud Peraturan-peraturan ini. |
|||
mukasurat 3