(5) Pilihan di bawah perenggan (3) tidak boleh dipakai bagi seseorang pekerja berpencen yang telah dilantik ke dalam perkhidmatan pada atau selepas-

(a) 15hb Januari 1975 bagi Semenanjung Malaysia; dan
(b) 1hb Julai 1978 bagi Sabah dan Sarawak.

     (6) Walau apapun peruntukan perenggan (5), jika seseorang pekerja meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan dan tidak meninggalkan balu atau duda dan tanggungan yang layak dibayar pencen terbitan atau pencen tanggungan di bawah Peraturan-Peraturan ini, maka orang tanggungan yang layak dibayar ganjaran terbitan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak menerima ganjaran terbitan yang dibayar di bawah Peraturan-Peraturan ini atau hendak menerima caruman yang dibuat oleh majikan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mana-mana kumpulan wang simpanan berserta dengan bunga yang terakru, yang mana lebih berfaedah antara keduanya.

Penarikan
balik pencen
dll.

11.   Menteri boleh menarik balik, menahan atau mengurangkan apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain faedah yang diberi di bawah Akta jika dia berpuashati bahawa pemberian itu adalah akibat dari tidak mengetahui mengenai fakta atau bersengaja menyembunyikan fakta-fakta matan yang sepatutnya menjadi sebab-sebab yang mencukupi untuk membuang kerja atau menurun gaji pekerja itu.

BAHAGIAN III
PENCEN TERBITAN DAN GANJARAN TERBITAN

Penghitungan.

12.     Pencen terbitan dan ganjaran terbitan di bawah Akta hendaklah dihitung mengikut cara yang sama seperti penghitungan pencen dan ganjaran di bawah peraturan 3.

Orang-orang
yang layak mendapat
pencen
terbitan
dan
ganjaran
terbitan.

13.  (1) Pencen terbitan boleh diberi kepada-
(a) balu atau duda;
(b) anak; atau
(c) balu atau duda dan anak;
     Dengan syarat bahawa-

(i)

sebelum 1hb Julai 1980 hanya duda yang hilangupaya secara kekal sama ada otak atau jasmani dan takupaya menanggung nafkahnya sendiri pada masa matinya pekerja perempuan hendaklah dibayar pencen terbitan; dan

(ii)

pada atau selepas 1hb Julai 1980 jika pekerja perempuan itu berada dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut, duda hendaklah dibayar pencen terbitan.


mukasurat 10