telah pun dibayar kepadanya sebelum apa-apa faedah di bawah Akta boleh diberikan.

    (2) Bagi maksud perenggan (1), "faedah persaraan" ertinya pencen, ganjaran atau faedah-faedah lain tamat perkhidmatan termasuklah bayaran-bayaran tindanan dan saguhati serta caruman Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan yang dibayar kepada mana-mana kumpulan wang simpanan mengenai sesuatu perkhidmatan yang boleh dimasukira berserta dengan bunga yang terakru, jika ada.

10. (1) Apa-apa caruman yang dibuat oleh majikan sepanjang apa-apa tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira kepada mana-mana kumpulan wang simpanan berserta dengan bunga yang terakru hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan.

Opsyen kepada pekerja
berpencen
apabila
bersara.

     (2) Pembayaran balik caruman yang dibuat oleh majikan dibawah perenggan (1) bolehlah dibuat sama ada dengan memulangkan jumlah caruman yang dibuat oleh majikan berserta dengan bunga yang terakru ke dalam Kumpulanwang Persekutuan Disatukan atau dengan menolak jumlah caruman yang dibuat oleh majikan berseta dengan bunga yang terakru daripada ganjaran atau ganjaran terbitan yang layak dibayar di bawah Peraturan-Peraturan ini atau daripada kedua-duanya.

     (3)  Tertakluk kepada perenggan (1) dan (5), seseorang pekerja berpencen boleh, apabila bersara, memilih supaya pencen dan ganjarannya dikira berdasarkan-

(a)

keseluruhan perkhidmatannya yang boleh dimasukira termasuk apa-apa tempoh sepanjang mana dia bertanggungan mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan; atau

(b)

tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira sepanjang mana dia tidak mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan.

     (4)  Jika seseorang pekerja telah memilih perenggan (3) (b), tempoh yang diambilkira bagi penghitungan pencen dan ganjarannya ialah-

(a)

pencen-

jumlah bulannya perkhidmatan yang boleh dimasukira, (tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga ratus bulan) ditolak tempoh dalam mana dia mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan;

(b)

ganjaran-

jumlah bulannya perkhidmatan yang boleh dimasukira dengan ditolak tempoh dalam mana dia mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan.


mukasurat 9