(b)

sebelum penyerapan atau perlantikannya ke perkhidmatan awam atau ke suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan.

    (3) Walau apapun peruntukan perenggan (2), berkenaan dengan seseorang pekerja perempuan yang dahulunya seorang guru dalam sekolah bantuan Kerajaan di Sabah atau Sarawak selepas 1hb Januari 1957, suatu sekolah mubaligh atau suatu sekolah yang mempunyai lembaga pengurus di Sabah atau Sarawak, apa-apa tempoh perkhidmatan sepanjang mana dia telah berhenti mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan apabila dilantik semula sebagai seorang guru sementara selepas saja perletakan jawatannya disebabkan dia berkahwin boleh dimasukira.

6.     Bagi maksud-maksud Peraturan-Peraturan ini, tempoh-tempoh perkhidmatan yang berikut tidak layak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasukira:

Perkhidmatan
yang tidak 
layak dikira
sebagai perkhidmatan
yang boleh dimasukira.

(a)

apa-apa tempoh cuti tanpa gaji selain daripada cuti tanpa gaji yang diberi atas sebab-sebab dasar awam;

(b)

apa-apa tempoh latihan (selain daripada yang diberi elaun cuti dan biasiswa) yang baginya hanya elaun sahaja dibayar, melainkan jika pihak berkuasa pencen menetapkan selainnya;

(c)

apa-apa tempoh perkhidmatan yang ditamatkan kerana menghilang diri dari perkhidmatan atau sebab-sebab tatatertib;

(d)

apa-apa tempoh perkhidmatan yang ditamatkan disebabkan perletakan jawatan oleh seseorang pekerja untuk menerima pekerjaan dalam sektor swasta atau kerana lain-lain sebab peribadi selain daripada di bawah peraturan 5 (1) (e).

(e)

apa-apa tempoh perkhidmatan dalam percubaan yang ditamatkan disebabkan kegagalan pekerja itu mendapat pengesahan dalam jawatannya;

(f)

apa-apa tempoh perkhidmatan yang ditamatkan disebabkan perletakan jawatan oleh seseorang pekerja untuk menjalani suatu kursus pengajian tinggi, melainkan jika pihak berkuasa pencen menetapkan selainnya;

(g)

tempoh-tempoh perkhidmatan yang lalu seorang pekerja yang telah diserapkan ke dalam perjawatan tetap di bawah Laporan Albakri dan yang memilih untuk menerima "gaji tetap" atau seorang pekerja yang memilih "opsyen B" di bawah urusan tahun 1960;

(h)

apa-apa tempoh perkhidmatan dalam perkhidmatan awam atau suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan atau Angkatan Tentera atau mana-mana perkhidmatan lain yang telah dibayar faedah persaraan, melainkan jika pihak berkuasa pencen menetapkan selainnya;


mukasurat 7