"pihak berkuasa pencen" ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya. |
||||
| Bahagian II | ||||
| PENCEN DAN GANJARAN PERKHIDMATAN | ||||
Kepada siapa pencen
dan |
3. (1) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, seseorang pekerja berpencen boleh, apabila bersara, diberi- |
|||
| (a) | pencen bulanan berdasarkan- | |||
1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya; dan |
||||
| (b) | ganjaran berdasarkan- | |||
1/20 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima. |
||||
(2) Jika seseorang pekerja berpencen bersara di bawah seksyen 10 (5) (b) atau (c) Akta, sebagai tambahan kepada ganjaran di bawah perenggan (1) (b), maka pencennya boleh, sekiranya adalah mendatangkan faedah kepada pekerja itu, dihitung berdasarkan- |
||||
1/500 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji yang akhir diterima, tertakluk kepada maksimum sebanyak setengah daripada gaji yang akhir diterimanya. |
||||
Tempoh-tempoh
perkhidmatan |
4. Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, tempoh-tempoh perkhidmatan yang berikut, sama ada sementara atau tetap, boleh dimasukira bagi maksud pencen, ganjaran atau lain-lain faedah: |
|||
| (a) | apa-apa tempoh sepanjang mana seseorang pekerja telah bertugas; |
|||
| (b) | apa-apa tempoh sepanjang mana seseorang pekerja telah bercuti dengan bergaji; |
|||
| (c) | apa-apa tempoh perkhidmatan sepanjang mana seseorang pekerja telah bercuti tanpa gaji yang diberi atas sebab-sebab dasar awam; atau |
|||
| (d) | apa-apa tempoh semasa dalam pinjaman atau pertukaran sementara ke mana-mana organisasi yang diluluskan oleh Kerajaan. |
|||
5. (1) Tertakluk kepada perenggan (2) dan (3) peraturan ini dan peraturan 6, dan bagi maksud-maksud Peraturan-Peraturan ini, apa-apa tempoh perkhidmatan yang lalu dengan Kerajaan atau Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasukira dan tempoh-tempoh |
||||
mukasurat 4