AKTA
PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA
BERKANUN DAN TEMPATAN 1980
PERATURAN-PERATURAN
PENCEN PIHAK-PIHAK BERKUASA
BERKANUN DAN TEMPATAN 1990
PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 28, Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut : |
||||
| BAHAGIAN I | ||||
| PERMULAAN | ||||
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 dan hendaklah, tertakluk kepada perenggan (2), disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 1976. |
||||
(2) Peraturan-peraturan 5 (1) (n), 20 dan 21 hendaklah berkuatkuasa pada tarikh berikutan tarikh tersiarnya Peraturan-Peraturan ini dalam Warta. |
||||
| 2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- | ||||
| "anak" ertinya anak pekerja yang mati- | ||||
| (a) | yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dan termasuklah- | |||
| (i) | anak yang lahir sesudah meninggalnya ayah, anak tiri tanggungan dan anak taksahtaraf yang dikandung sebelum persaraan pekerja itu; dan |
|||
| (ii) | anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum persaraan pekerja itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan akan pengangkatan itu; |
|||
dan |
||||
| (b) | yang tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilangupaya dari segi jasmani dan secara kekal dan tak upaya menanggung nafkahnya sendiri dengan syarat bahawa anak itu adalah cacat otak atau hilangupaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun; |
|||
"balu atau duda" ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang pekerja yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman; dan |
||||
mukasurat 3