Hari Merdeka, ialah tarikh bila ia pertama kali menjadi anggota demikian itu. |
|||
(3) Bagi maksud-maksud Perkara ini, jika undang-undang yang dipakai bagi sesuatu award bergantung kepada pilihan orang yang diberi award itu, undang-undang yang dipilih olehnya itu hendaklah dikira sebagai lebih baik kepadanya daripada mana-mana undang-undang lain yang mungkin telah dipilih olehnya. |
|||
Kuatkuasa Perkara-perkara 147 dan 180 mengenai Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland berhubung dengan Pencen Pegawai-pegawai Awam mengenai Perkhidmatan dalam Malaysia, dan peruntukan-peruntukan Perjanjian ini adalah mengikut seseorang pegawai. |
|||
148. |
|||
(1) Sebutan-sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini ialah sebutan-sebutan mengenai mana-mana Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perkara 138 hungga 141A melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain. |
|||
[Pind.
|
(2) Dalam Bahagian ini " ahli ex-officio" temasuklah seseorang Menteri dan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi dan "Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri", mengenai sesuatu Negeri, ertinya sesuatu Suruhanjaya yang menjalankan tugas-tugas mengenai anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri itu dan yang taraf dan bidangkuasanya adalah bersamaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. |
||
mukasurat 17