hendaklah membuat suatu laporan tahunan mengenai kegiatan-kegiatannya kepada Yang diPertuan Agong dan salinan-salinan laporan itu hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen. 

    (2) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah menghantar satu salinan tiap-tiap laporan yang dibuat di bawah Perkara ini kepada Raja atau Yang diPertua Negeri bagi tiap-tiap satu Negeri yang anggota-anggota perkhidmatan awamnya diliputi oleh bidangkuasa Suruhanjaya itu, dan Raja atau Yang diPertua Negeri bagi Negeri itu hendaklah membentangkan laporan itu dalam Dewan Negeri. 

146A.

( Dimansuhkan ).

146B.

( Dimansuhkan ).

146C.

( Dimansuhkan ).

146D.

Bidangkuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota-anggota perkhidmatan Negeri di Negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang dipinjamkan.

    Walau apa pun peruntukan Fasal (2) Perkara 134, bidangkuasa Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah meliputi anggota-anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan kepada pasukan polis; dan bagi maksud-maksud Suruhanjaya Pasukan Polis anggota-anggota itu hendaklah disifatkan (kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka) sebagai anggota pasukan polis.

147.

Perlindungan hak-hak pencen.

    (1) Undang-undang yang dipakai bagi apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain elaun sepertinya (dalam Perkara ini disebut sebagai "award") yang diberi kepada seorang anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau kepada balunya, anaknya, orang tanggungannya atau wakil dirinya, ialah undang-undang yang berkuatkuasa pada hari yang berkaitan atau apa-apa undang-undang kemudiannya yang tidak kurang baiknya kepada orang yang diberi award itu.

    (2) Bagi maksud-maksud Perkara ini hari yang berkaitan --

(a)

mengenai sesuatu award yang diberi sebelum Hari Merdeka, ialah tarikh bila award itu diberi;

(b)

mengenai sesuatu award yang diberi selepas Hari Merdeka kepada atau berkenaan dengan seseorang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam sebelum Hari Merdeka, ialah tiga puluh haribulan Ogos tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh;

(c)

mengenai sesuatu award yang diberi kepada atau berkenaan dengan seseorang yang menjadi anggota  mana-mana perkhidmatan awam bagi pertama kali, pada atau selepas


mukasurat 16