145. |
Peguam Negara. | |
|
(1) Yang diPertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara Bagi Persekutuan. |
|
(2) Adalah menjadi kewajipan Peguam Negara menasihatkan Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan menjalankan apa-apa kewajipan lain yang bercorak undang-undang, sebagaimana dari semasa ke semasa dirujukkan atau diberikan kepadanya oleh Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menjalankan tugas-tugas yang diberi kepadanya oleh atau dibawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain. |
||
(3) Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah-tentera. |
||
(3A) Undang-undang Persekutuan boleh memberi kepada Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah dalam mana atau tempat di mana apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa memulakan di bawah Fasal (3) itu hendaklah dimulakan atau ke mahkamah mana prosiding itu hendaklah dipindahkan. |
||
(4) Pada menjalankan kewajipan-kewajipannya Peguam Negara adalah berhak untuk didengar dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan adalah mengambil keutamaan mengatasi mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu. |
||
(5) Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika ia seorang anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang diPertuan Agong. |
||
| [Pind. Akta A885] |
(6) Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebelum sahaja berjalan kuatkuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu mengikut syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada syarat-syarat yang dipakai baginya sebelum sahaja berjalan kuatkuasa Perkara ini dan tidak boleh dipecat dari jawatan kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan. |
|
146. |
Laporan Suruhanjaya. | |
| (1) Tiap-tiap satu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini | ||
mukasurat 15