139 dan Perkara 141A, lain daripada kuasa membuat perlantikan pertama bagi perjawatan tetap atau berpencen, boleh dijalankan oleh suatu jemaah yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong. |
||||
(ii) |
Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan penjalanan mana-mana kuasa atau tugas yang tersebut di atas oleh jemaah itu boleh merayu kepada suatu Jemaah Rayuan yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong. |
|||
(iii) |
Yang diPertuan Agong boleh dengan peraturan-peraturan membuat peruntukan bagi perkara-perkara berhubung dengan perlantikan ahli-ahli jemaah atau ahli-ahli Jemaah Rayuan itu, dan acara yang akan diikuti oleh jumaah atau Jemaah Rayuan itu di bawah Fasal ini. |
|||
(iv) |
Jika Yang diPertuan Agong telah melantik jemaah itu di bawah perenggan (i) Fasal ini bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa atau tugas yang tersebut dalam perenggan itu, maka kuasa atau tugas itu hendaklah terhenti daripada dijalankan oleh Suruhanjaya tersebut selagi kuasa atau tugas itu masih menjadi suatu kuasa atau tugas yang akan dijalankan oleh jemaah itu. |
|||
(6) Sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini boleh mewakilkan mana-mana tugasnya di bawah Fasal (1) mengenai sesuatu tingkatan perkhidmatan kepada mana-mana pegawai dalam sesuatu perkhidmatan yang diliputi oleh bidangkuasanya, atau kepada mana-mana jemaah pegawai-pegawai yang dilantik olehnya itu, dan pegawai atau jemaah itu hendaklah menjalankan tugas-tugas itu di bawah arahan dan kawalan Suruhanjaya itu. |
||||
(6A) Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil bekerja dalam jawatan-jawatan tambahan kepada angkatan tentera atau mana-mana daripadanya atau jawatan tambahan kepada pasukan polis, atau berkenaan dengan mana-mana tingkatan anggota-anggota perkhidmatan itu yang diambil bekerja sedemikian, maka tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam boleh, di bawah Fasal (5A) atau (6), dijalankan oleh seorang pegawai atau suatu jemaah pegawai-pegawai dari angkatan tentera atau pasukan polis, mengikut mana yang berkenaan, seolah-olah pegawai atau jemaah pegawai-pegawai itu adalah anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan. |
||||
(8) Sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan dalam Bahagian ini, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan itu Perlembagaan ini dan peruntukan-peruntukan undang-undang persekutuan, boleh membuat kaedah-kaedah |
||||
mukasurat 14