(4) Raja atau Yang diPertua Negeri bagi sesuatu Negeri boleh menetapkan sebagai jawatan-jawatan khas apa-apa jawatan dalam perkhidmatan awam Negerinya yang dipegang oleh ketua atau timbalan ketua sesuatu jabatan atau oleh seseorang pegawai yang, pada pendapatnya, adalah serupa tarafnya; dan perlantikan bagi mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Raja atau Yang diPertua Negeri atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, (atau jika ada dalam Negeri itu suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, atas syor Suruhanjaya itu). |
||||
(5) Sebelum bertindak, mengikut Fasal (3) atau (4), atas syor Suruhanjaya yang tersebut dalamnya itu --- |
||||
(a) |
Yang diPertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri; dan |
|||
(b) |
Raja atau Yang diPertua Negeri hendaklah menimbangkan nasihat Ketua Menteri Negerinya, |
|||
dan boleh merujukkan balik satu kali syor itu kepada Suruhanjaya itu untuk dipertimbangkan semula. |
||||
| Dengan syarat bahawa --- | ||||
| (a) | tiada sesuatu undang-undang atau peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi mana-mana pegawai atau jemaah pegawai itu menjalankan apa-apa kuasa membuat perlantikan pertama bagi perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, atau apa-apa kuasa menaikkan pangkat (lain daripada menaikkan pangkat memangku); dan |
|||
(b) |
mana-mana orang yang tidak puashati dengan penjalanan mana-mana kuasa kawalan tatatertib oleh mana-mana pegawai atau jemaah pegawai itu boleh merayu kepada Suruhanjaya itu dalam masa dan mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang atau peraturan itu, dan Suruhanjaya itu boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya yang patut mengenainya. |
|||
| (5B) | (i) |
Walau apa pun peruntukan-peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139 dan Perkara 141A, semua kuasa dan tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang ditubuhkan di bawah perkara |
||
mukasurat 13