143. |
|||
(a) |
hendaklah dilantik selama tempoh lima tahun atau, jika ditetapkan dalam sesuatu hal tertentu oleh Yang diPertuan Agong apabila bertindak menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri, selama tempoh kurang daripada lima tahun; |
||
(b) |
boleh, melainkan jika hilang kelayakan, dilantik semula dari semasa ke semasa; dan |
||
(c) |
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak boleh dipecat dari jawatan kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan. |
[Pind. Akta A885] |
|
(2) Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi saraan mana-mana ahli Suruhanjaya tersebut, lain daripada seseorang ahli yang peruntukan bagi saraannya sebagai pemegang apa-apa jawatan lain ada dibuat oleh undang-undang persekutuan; dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulanwang Disatukan. |
|||
(3) Saraan dan
lain-lain syarat jawatan seorang ahli bagi sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh
Bahagian ini tidak boleh, selepas perlantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang
baik baginya. |
|||
| Syarat-syarat perkhidmatan bagi ahli-ahli Suruhanjaya. | |||
(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidangkuasanya. |
|||
(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mana-mana Suruhanjaya itu menjalankan tugas-tugas lain. |
|||
mukasurat 12