Dengan syarat bahawa hilang kelayakan itu tidaklah terpakai jika pertubuhan atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagian daripadanya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang berupa khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima atau mendapat apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya. |
|||
(4) Jika, dalam sesuatu tempoh, seseorang ahli bagi mana-mana Suruhanjaya tersebut telah dibenarkan bercuti oleh Yang diPertuan Agong atau ianya tidak berupaya menjalankan tugas-tugas sebagai seorang ahli oleh sebab tidak ada dalam Persekutuan, sakit atau apa-apa sebab lain, maka - |
|||
(a) |
sekiranya ia adalah seorang ahli yang dilantik, Yang diPertuan Agong boleh melantik sesiapa jua yang berkelayakan dilantik untuk mengambil tempatnya bagi menjalankan tugas-tugasnya dalam tempoh itu, dan perlantikan orang itu hendaklah dibuat mengikut cara sama seperti perlantikan ahli yang tugas-tugasnya akan dijalankan olehnya itu; |
||
(b) |
sekiranya ia adalah seorang ahli ex-officio maka sesiapa jua yang dibenarkan di bawah undang-undang persekutuan bagi menjalankan tugas-tugas jawatannya boleh dalam tempoh itu menjalankan juga tugasnya sebagai seorang ahli Suruhanjaya itu. |
||
(5) Sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini boleh bertindak walaupun ada sesuatu kekosongan dalam keanggotaannya, dan tiada apa-apa urusan sesuatu Suruhanjaya itu boleh terbatal semata-mata oleh sebab seseorang yang tidak berhak telah mengambil bahagian dalam urusan itu. |
|||
mukasurat 11