(1) Maka hendaklah diadakan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang bidangkuasanya hendaklah, tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan yang dinyatakan dalam perenggan (h) Fasal (1) Perkara 132. |
|||
(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong mengikut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, iaitu seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada empat anggota lain, tetapi bilangan anggota lain itu tidaklah boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang diPertuan Agong, melebihi lapan orang. |
|||
(3) Seseorang anggota mana-mana daripada perkhidmatan- perkhidmatan awam yang dilantik sebagai Pengerusi atau Timbalan Pengerusi tidak layak untuk dilantik selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan lain daripada menjadi ahli sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini dipakai. |
|||
| Peruntukan am mengenai Suruhanjaya. | |||
| [Pind. Akta A885] |
|||
(2) Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang tidak boleh dilantik menjadi ahli bagi mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini dan hendaklah dipecat dengan perintah Yang diPertuan Agong jika ia adalah atau menjadi---- |
|||
(a) |
seorang anggota bagi mana-mana perkhidmatan awam; |
||
(b) |
seorang pegawai atau pekerja mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana badan, sama ada diperbadankan atau sebaliknya, atau mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi maksud-maksud awam; |
||
(c) |
seorang ahli bagi sesuatu kesatuan sekerja atau sesuatu badan atau persatuan yang bergabung dengan sesuatu kesatuan sekerja. |
||
(2A) Selain dari apa-apa hilang kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (2), pengerusi atau timbalan pengerusi mana-mana Suruhanjaya yang Bahagian ini terpakai baginya hendaklah hilang kelayakan dari memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan dari lantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia adalah atau menjadi seseorang anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau seorang pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal-ehwal atau urusan, sesuatu pertubuhan atau badan, sama ada diperbadankan atau sebaliknya, atau sesuatu pengusahaan perdagangan, perindustrian atau lain-lain |
|||
mukasurat 10