(3) Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut, iaitu ----
(a)

Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab mengenai polis, yang akan menjadi Pengerusi;

(b)

pegawai polis yang memerintah seluruh pasukan polis;

(c)

orang yang menjalankan kewajipan-kewajipan jawatan Setiausaha Kementerian di bawah Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab mengenai polis;

(d)

seorang ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong;

(e)

tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada  enam orang ahli lain, yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong.

    (4) Yang diPertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan-jawatan khas jawatan-jawatan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan apa-apa jawatan lain dalam pasukan polis yang, pada pendapatnya, adalah serupa atau lebih tinggi tarafnya; dan perlantikan bagi apa-apa jawatan yang ditetapkan itu tidak boleh dibuat mengikut Fasal (1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang diPertuan Agong atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis.

    (5) Sebelum bertindak mengikut Fasal (4) atas syor Suruhanjaya Pasukan Polis, Yang diPertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri, dan boleh merujukkan balik satu kali syor itu kepada Suruhanjaya itu untuk dipertimbangkan semula.

    (6) Suruhanjaya Pasukan Polis boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut ----

(a)

penyusunan kerjanya dan cara-cara bagaimana tugas-tugasnya akan dijalankan dan penyimpanan rekod-rekod dan minit-minit;

(b)

kewajipan dan tanggungjawab ahl-ahli Suruhanjaya itu masing-masing, termasuk memberi perwakilan kuasa atau kewajipannya kepada mana-mana ahli Suruhanjaya itu atau mana-mana anggota pasukan polis atau mana-mana ahli jemaah pegawai-pegawai pasukan polis atau suatu jawatankuasa yang terdiri dari anggota-anggota suruhanjaya dan pasukan itu.

(c)

rundingan yang akan diadakan oleh Suruhanjaya itu dengan orang-orang, lain daripada ahli-ahlinya;

(d)

acara yang akan diikuti oleh Suruhanjaya itu pada menjalankan urusannya (termasuk menetapkan qourum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi dari antara ahli-ahlinya, dan tugas-tugas naib pengerusi;

(e)

apa-apa perkara lain yang peruntukan-peruntukan baginya, pada pendapatnya, perlu atau mustahak dibuat untuk menjalankan tugas-tugasnya dangan cara yang lebih baik.

    (7) Dalam perkara ini "pertukaran" tidak termasuk pertukaran dengan tiada perubahan pangkat dalam pasukan polis.


mukasurat 9