(a)

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang akan menjadi Pengerusi;

(b)

Peguam Negara atau, jika Peguam Negara adalah seorang ahli Parlimen atau adalah dilantik bukan dari antara anggota-anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang, Peguamcara Negara.

[Pind.
Akta A885]

(c)

seorang atau beberapa orang ahli lain yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, dari antara orang-orang yang menjadi atau telah menjadi atau yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi atau yang menjadi hakim Mahkamah Besar sebelum Hari Malaysia.

(3) Orang yang menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah juga menjadi setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang.

139. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
[Pind.
Akta A885]

    (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan, tertakluk kepada Perkara 144, bidangkuasanya hendaklah meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan yang tersebut dalam perenggan (c) dan (f) Fasal (1) Perkara 132, lain daripada Juru Odit Negara, meliputi anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang, dan, setakat mana yang diperuntukkan oleh Fasal (2), meliputi anggota-anggota perkhidmatan awam bagi mana-mana Negeri lain.

    (1A) Bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah meliputi- ---

(a)

anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil bekerja dalam sesuatu jabatan persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak;

(b)

anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan ke perkhidmatan awam am Persekutuan; dan

(c)

anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang berkhidmat dalam jawatan-jawatan persekutuan atau dalam mana-mana jawatan yang dijadikan jawatan persekutuan di Negeri itu dan yang telah membuat pilihan untuk menjadi anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

    (2) Badan Perundangan bagi mana-mana Negeri, lain daripada Melaka dan Pulau Pinang, boleh dengan undang-undang memperluaskan bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya meliputi semua atau mana-mana orang dalam perkhidmatan awam Negeri itu, tetapi tiada sesuatu undang-undang itu boleh berkuatkuasa terlebih dahulu daripada dua belas bulan dari tarikh undang-undang itu diluluskan; dan jika Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri tidak ada ditubuhkan serta menjalankan tugas-tugasnya pada bila-bila masa di mana-mana Negeri itu di


mukasurat 7