(3) Majlis Angkatan Tentera hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut, iaitu --- |
|||
| (a) | Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab atas pertahanan, yang akan menjadi Pengerusi; |
||
| (b) | seorang shli yang mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja; |
||
| (c) | Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong; |
||
| (d) | seorang sivilan iaitu orang yang menjalankan kewajipan-kewajipan jawatan Setiausaha Pertahanan, yang bertindak sebagai Setiausaha Majlis Angkatan Tentera; |
||
| (e) | dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan, yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong; |
||
| (f) | seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan, yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong; |
||
| (g) | seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan, yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong; |
||
| (h) | dua orang ahli tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau sivilan, yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong. |
||
(4) Majlis Angkatan Tentera boleh bertindak walaupun ada sesuatu kekosongan dalam keanggotaannya dan, tertakluk kepada Perlembagaan ini dan kepada undang-undang persekutuan, ia boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut: |
|||
| (a) | penyusunan kerjanya dan cara-cara bagaimana tugas-tugasnya akan dijalankan, dan penyimpanan rekod-rekod dan minit-minit; | ||
| (b) | kewajipan dan tanggungjawab ahli-ahli Majlis itu masing-masing, termasuk memberi perwakilan mana-mana daripada kuasa atau kewajipannya kepada mana-mana ahli Majlis itu; | ||
| (c) | rundingan yang akan diadakan oleh Majlis itu dengan orang-orang, lain daripada ahli-ahlinya; | ||
| (d) | acara yang akan diikuti Majlis itu pada menjalankan urusannya (termasuk menetapkan quorum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi dari antara ahli-ahlinya, dan tugas-tugas naib pengerusi; | ||
| (e) | apa-apa perkara lain yang peruntukan-peruntukan baginya, pada pendapatnya, perlu atau mustahak dibuat untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan cara yang lebih baik. | ||
| 138. | |||
(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang yang bidangkuasanya adalah meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang. |
|||
(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang hendaklah mengandungi ---- |
|||
mukasurat 6