menjadi anggota perkhidmatan yang dianggotainya, tetapi saraannya
hendaklah dibayar oleh Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa atau organisasi, mengikut
mana-mana yang berkenaan, yang kepada perkhidmatannya dia dipinjamkan. |
|||
| Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat. | |||
Dengan syarat bahawa dalam pemakaiannya terhadap anggota-anggota perkhidmatan yang tersebut dalam perenggan (g) Fasal (1) Perkara 132, Fasal ini tidaklah dipakai bagi apa-apa undang-undang yang mungkin dibuat oleh badan perundangan mana-mana Negeri, lain daripada Pulau Pinang dan Melaka, iaitu undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu Jemaah yang dilantik oleh Raja Negeri itu menjalankan semua kuasa dan tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri itu, lain daripada kuasa bagi membuat perlantikan mula-mula kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen: |
|||
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Fasal ini tidak boleh dipakai bagi sesuatu kes di mana seorang anggota mana-mana perkhidmatan yang tersebut dalam Fasal ini dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh sesuatu pihakberkuasa menurut sesuatu kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh sesuatau Suruhanjaya yang baginya dipakai Bahagian ini, dan proviso ini hendaklah disifatkan sebagai telah menjadi sebahagian integral Fasal ini mulai dari Hari Merdeka. |
|||
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidak boleh dipakai bagi kes-kes yang berikut---- |
|||
| (a) | |||
| (b) | di mana pihakberkuasa yang diberikuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat seseorang anggota sesuatu perkhidmatan itu berpuas hati bahawa oleh kerana sesuatu sebab, yang akan direkodkan oleh pihakberkuasa itu secara bertulis, kehendak-kehendak Fasal ini tidak munasabah dijalankan secara praktik; atau |
||
| (c) | di mana Yang diPertuan Agong, atau, mengenai seseorang anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri, Raja atau Yang diPertuaNegeri bagi Negeri itu, berpuashati bahawa bagi kepen- |
||
mukasurat 4