(b)

Peguam Negara ataupun penasihat undang-undang mana-mana Negeri, jika peruntukan bagi cara perlantikan dan pemecatan penasihat undang-undang Negeri itu dari jawatan adalah dimasukkan dengan tertentu dalam Perlembagaan Negeri itu, atau jika ia dilantik dari antara orang-orang yang lain daripada anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang atau perkhidmatan awam Negeri itu; atau

(c)

seseorang kakitangan peribadi bagi Yang diPertuan Agong atau bagi seorang Raja atau Yang diPertua Negeri; atau

(d)

mengenai Melaka dan Pulau Pinang, jika peruntukan dibuat oleh undang-undang Negeri bagi perlantikan mereka----

(i) Yang diPertua Jabatan Hal-Ehwal Agama;
(ii) Setiausaha Jabatan Hal-Ehwal Agama;
(iii) Mufti;
(iv) Kadi Besar; atau
(v) Kadi.

133. Perkhidmatan bersama, dsb.

    (1) Perkhidmatan bersama yang am bagi Persekutuan dan bagi satu atau beberapa buah Negeri atau, atas permintaan Negeri-negeri yang berkenaan itu, bagi dua buah Negeri atau lebih, boleh ditubuhkan oleh undang-undang persekutuan.

    (2) Jika seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam adalah diambil bekerja----
(a) sebahagian bagi maksud persekutuan dan sebahagian bagi maksud Negeri, atau
(b) bagi maksud dua buah Negeri atau lebih,

maka, tertakluk kepada undang-undang persekutuan, kadar saraannya, jika ada, yang kena dibayar oleh Persekutuan, dan Negeri atau Negeri-negeri yang berkenaan itu atau, mengikut mana yang berkenaan, oleh tiap-tiap Negeri yang berkenaan itu, hendaklah ditetapkan dengan persetujuan atau, jika tidak ada persetujuan, oleh Suruhanjaya yang bidangkuasanya adalah meliputi anggota.

[Pind.
Akta A885]

 

134. Peminjaman pegawai-pegawai.

    (1) Persekutuan boleh, atas permintaan sesuatau Negeri, pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya kepada perkhidmatan Negeri itu, pihak berkuasa atau organisasi, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan sesuatu Negeri boleh, atas permintaan Persekutuan, suatu Negeri lain, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia, meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya sendiri kepada perkhidmatan Persekutuan, Negeri lain, pihak berkuasa atau organisasi, mengikut mana-mana yang berkenaan.

    (2) Seseorang yang dipinjamkan di bawah Perkara ini hendaklah tetap


mukasurat 3