| (Dipotong). | [Pind. |
||
| (f) | perkhidmatan awam bersama yang tersebut dalam Perkara 133; | ||
| (g) | perkhidmatan awam tiap-tiap satu Negeri; dan | ||
| (h) | perkhidmatan pelajaran. | ||
(2) Kecuali sebagaimana selainnya diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, kelayakan untuk perlantikan bagi orang-orang dalam perkhidmatan awam dan syarat-syarat perkhidmatan mereka, lain daripada orang-orang dalam perkhidmatan yang tersebut dalam perenggan (g) Fasal (1) boleh dibuat peraturan oleh undang-undang persekutuan dan juga, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan itu, oleh Yang diPertuan Agong; dan kelayakan untuk perlantikan bagi orang-orang dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri dan syarat-syarat perkhidmatan mereka boleh dibuat peraturan oleh undang-undang Negeri dan juga, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Negeri itu, oleh Raja atau Yang diPertua bagi Negeri itu. |
|||
(2A) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tiap-tiap orang anggota bagi mana-mana perkhidmatan yang tersebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (f) dan (h) Fasal (1) adalah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong, dan kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan Negeri, tiap-tiap orang anggota bagi perkhidmatan awam Negeri adalah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja atau Yang diPertua Negeri bagi Negeri itu. |
|
||
(3) Perkhidmatan awam tidak dikira sebagai mengandungi--- |
|||
| (a) | jawatan mana-mana anggota pentadbiran dalam Persekutuan atau dalam sesuatu Negeri; atau |
||
| (b) | jawatan Yang diPertua Dewan Negara, Yang diPertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang diPertua Dewan Negara, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat atau ahli mana-mana Majlis Parlimen atau ahli sesuatu Dewan Negeri; atau |
||
| (c) | jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau hakim Mahkamah Tinggi; atau |
[Pind. Akta A885] |
|
| (d) | jawatan ahli mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini atau mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan sesuatu Negeri; atau |
||
| (e) | apa-apa jawatan diplomat sebagaimana yang ditetapkan dengan perintah oleh Yang diPertuan Agong iaitu jawatan yang, jika tidak kerana perintah itu, akan menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am Persekutuan. |
||
(4) Sebutan-sebutan dalam Bahagian ini, kecuali dalam Perkara 136 dan 147, mengenai orang dalam perkhidmatan awam atau anggota mana-mana perkhidmatan awam tidaklah dipakai mengenai---- |
|||
| (a) | (Dipotong oleh Akta A837). | ||
mukasurat 2