| (iii) | Pegawai-pegawai yang menyelia; | |
| (iv) | Kakitangan rumah seperti pelayan rumah dan lain-lain kakitangan yang setaraf; | |
| (v) | Ahli-ahli Pasukan Polis dan Bomba; dan | |
| (vi) | Penjaga Rumah. |
15.
Walau apapun perbekalan di Perintah Am 14, pegawai-pegawai yang berikut boleh dibayar
bayaran lebihmasa mengikut jenis kerja yang dijalankan di dalam keadaan-keadaan berikut
sahaja:
|
Pengecuali dari P.A. 14. | |||||||||
16. (a) Seseorang pegawai yang berkelayakan di bawah bab ini untuk mendapat bayaran lebihmasa yang dikehendaki tinggal di atas panggilan seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatannya mengikut Perintah Am 18, boleh dibayar bayaran lebihmasa atas kadar kerja siang atau malam mengikut mana yang berkenaan tidak melebihi bayaran bagi satu jam pada tiap-tiap giliran yang ia dikehendaki tinggal di atas panggilan itu dengan syarat tuntutan ini tidak melebihi 10 jam dalam satu-satu bulan itu, iaitu tidak kira berapa banyak giliran atau jam yang ia telah dikehendaki tinggal di atas panggilan dalam bulan itu. Untuk tujuan Perintah Am ini, giliran-giliran dalam satu hari akan dianggap sebagai satu giliran sahaja. Satu hari akan dikira bermula pada jam 12 tengah malam hingga jam 12 tengah malam yang berikutnya. |
Tinggal di atas panggilan. | |||||||||
(b) Apabila seseorang pegawai yang sedang di atas panggilan itu akhirnya dipanggil bertugas lebihmasa, maka ia boleh menerima bayaran lebihmasa seperti biasa tetapi ia tidak akan layak mendapat bayaran kerana tinggal di atas panggilan seperti di (a) bagi giliran di atas panggilan pada hari itu sekiranya tugas lebihmasa yang dijalankan itu lebih daripada satu jam. Sekiranya tugas lebihmasa yang dijalankan itu kurang daripada satu jam, maka pegawai itu adalah layak menuntut kedua-dua bayaran itu sekali. |
Tidak ada bayaran tinggal atas panggilan bila lebihmasa dilakukan |
mukasurat 3